Pemain bola sepak negara, Faisal Halim, 26, dikhabarkan semakin pulih dan akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatan kuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika ditemui di Hospital swasta, Shah Alam pada 14 Mei 2024.
“Reaksi badan faisal kepada prosedur graf kulit sangat baik dan minggu hadapan kita akan meneruskan dengan prosedur atau pembedahan keempat dimana kulit daripada bahagian lain yang dipangil homograf akan ditampal di bahagian yang mengalami kecederaan.
“Bahagian tangan kiri Faisal, merupakan kawasan yang paling terkesan namun berdasarkan pemantauan pihak doktor keadaannya semakin pulih.
“Untuk pulih sepenuhnya memakan masa yang lama, namun beliau sudah boleh dipindahkan ke wad biasa tapi masih lagi tidak boleh dilawat dan dikunjung mana-mana pihak,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan, Faisal sudah mengamalkan diet biasa dan beliau mengidam nasi kandar. Dari segi pertuturannya pula, percakapan Faisal sudah semakin lancar.
Terdahulu, Faisal yang juga bintang kelab bola sepak Selangor FC mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan dan badannya selepas mengalami kelecuran tahap 4 apabila diserang seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.
Baca juga :