FUJIFILM Business Innovation umum penawaran perkhidmatan baharu bagi membantu perjalanan transformasi digital (DX) perniagaan Malaysia.
Menurut kenyataan, perkhidmatan berkenaan ditumpukan khusus untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah transformasi digital.
Jelasnya, antara tawaran yang dikongsikan dalam satu acara khas ‘Memimpin Dunia dengan Perniagaan DX’ adalah FUJIFILM IWpro atau ruang kerja berstruktur awan dan Perkhidmatan Pakar IT.
Pengurus Besar FUJIFILM, John Wong berkata, aliran kerja digital adalah penting untuk sesebuah landskap perniagaan berkembang maju.
“Dengan pelancaran FUJIFILM IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT, kami mengesahkan komitmen syarikat untuk memperkasakan PKS Malaysia dalam menerima DX.
“Kami berharap dapat membantu perniagaan dalam mengubah gaya kerja mereka dan mengoptimumkan operasi melalui perkhidmatan kami,” katanya.
Tambahnya, FUJIFILM IWpro akan memudahkan kerjasama pelbagai sistem sedia ada dengan membolehkan perkongsian data lebih mudah.
“Pengguna dapat mengakses dan melaksanakan pelbagai tugas data dengan FUJIFILM IWpro, yang menyediakan pengoptimuman aliran kerja, pengurusan dokumen yang cekap dan keupayaan pencetakan berasaskan awan yang serba boleh.
“Dan melalui Perkhidmatan Pakar IT, PKS akan mempunyai akses kepada pasukan IT
mahir yang bukan sahaja memantau sistem IT tetapi juga mengenal pasti dan menangani isu berkaitan melalui Meja Sokongan dengan pemantauan dan pengurusan jarak jauh,” jelasnya.
Selain itu, FUJIFILM Business Innovation turut komited untuk mencipta ‘Customer Happy eXperience (CHX) sebagai pendekatan mengutamakan pelanggan untuk menyokong semua inovasi dan teknologi memacu produk, penyelesaian dan perkhidmatan.
Baca juga: