Hiburan

Dolla bakal gegarkan Zepp KL dengan konsert Re:Birth The Experience

Penyanyi kumpulan wanita, Dolla bakal mengadakan konsert sulung mereka yang diberikan nama Re:Birth The Experience pada 3 Ogos depan bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

Kumpulan tersebut yang dianggotai oleh Tabby, Angel dan Sabronzo masing-masing menyatakan keterujaan mereka menjelang konsert tersebut memandangkan ia merupakan konsert pertama sepanjang empat tahun mereka bertapak dalam industri hiburan.

Vokalis Dolla, Angel atau nama sebenar, Angelina Chai Ka Ying, 23, menyatakan konsep ‘rebirth’ yang diguna pakai dalam konsert mereka menjadi simbolik buat kelahiran semula Dolla untuk beranjak ke era baharu.

“Konsert ini akan menjadi era baharu buat Dolla. Kami seedang menyediakan susunan lagu yang baru dan segar agar ia dapat menjadi pengalaman yang penuh emosi dan istimewa untuk iDolla (nama peminat tegar Dolla),” katanya ketika sidang media pengumuman konsert tersebut di Planetarium Kuala Lumpur pada Isnin.

Menyentuh mengenai iDolla, Tabby yang juga merupakan vokalis kumpulan tersebut turut berharap mereka yang menghadiri konsert itu akan menjadi pengalaman dan kenangan manis buat mereka.

“Matlamat utama konsert ini adalah untuk iDolla bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya,” ujarnya.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Watch Me Glow itu juga sudah tentu akan mempersembahkan beberapa lagu hit nyanyian mereka seperti Damelo, Classic dan Look At This.

Tiket konsert tersebut boleh didapati di hitmanlive.com bermula pada harga RM149 (Classic), RM199 (Damelo), RM259 (Impikan) dan tiket VVIP Box bernilai RM9,888 (BO$$ Up).

Menariknya, setiap pembeli tiket akan mendapat manfaat tidak kira kategori yang dipilih mereka turut mendapat poster dan kad foto.

Namun, bagi pembeli tiket VVIP Bos (BO$$ Up), mereka berpeluang untuk menerima poster yang ditanda tangan ahli Dolla, kad foto, pemegang kad, gelang tangan edisi terhad dan juga sesi meet and greet bersama kumpulan tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close