Nasional

YDPA kurniakan pelantikan Yang di-Pertua Negeri Melaka

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara pada Isnin.

Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Melaka tersebut akan berkuatkuasa bermula pada 4 Jun 2024 selama empat tahun.

Dalam pada itu, turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; dan Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum.

Sebelum ini, Mohd Ali, 75, telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.

Beliau akan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi tempoh empat tahun.

Mohd Ali yang berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Batu Berendam sejak 1995 hingga 1999 dan Ketua Menteri Melaka Kesembilan dari 1999 hingga 2013.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close