Ukhuwah wajar dijadikan asas perpaduan dan kekuatan ummah – Dzulkefly

Ukhuwah yang kukuh berlandaskan akidah amat penting dalam kalangan umat Islam sebagai asas perpaduan dan kekuatan ummah.

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menekankan bahawa pembangunan insan merupakan tunjang kepada kemajuan masyarakat dan negara.

“Faktor-faktor sosial seperti pendidikan, pemakanan, dan sokongan keluarga memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan tahap kesihatan rakyat berbanding sistem kesihatan itu sendiri.

“Justeru, dalam usaha kita membangunkan negara, fokus utama haruslah diberikan kepada pembangunan insan yang berakhlak mulia, bertakwa dan memiliki nilai-nilai rahmah dan ihsan. Inilah asas kepada masyarakat MADANI yang mampu mencapai kemajuan dan keredhaan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan & Kemajuan Negeri Sembilan yang diadakan di Surau Al-Sobah, Bangi, Selangor pada Ahad.

Terdahulu sebelum merasmikan mesyuarat berkenaan, Dzulkefly telah menyempurnakan Majlis Hear Me Got Talent 2024 (HMGT24) yang bertempat di Dewan Auditorium, Hospital Cyberjaya pada Sabtu.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/05/17/pm-tekad-perkukuh-hubungan-dua-hala-bersama-kazakhstan