OSTEX West Siri 1/2024 bukti kesiapsiagaan armada TLDM lindungi keselamatan negara

Operational Sea Training Exercise (OSTEX) West Siri 1 Tahun 2024 yang dilaksanakan pada 12 hingga 20 Mei 2024 menunjukkan kesiapsiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

OSTEX West adalah sebahagian daripada usaha berterusan TLDM dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara dengan mewujudkan latihan yang merupakan satu langkah penting untuk memastikan Armada Barat TLDM sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi, selaras dengan keperluan pertahanan negara.

Pelbagai siri latihan telah dilaksanakan untuk meningkatkan kompetensi dari aspek People, Platform dan Process (3P) yang menunjukkan OSTEX west siri kali mendokong matlamat strategik TLDM iaitu keutamaan terhadap kesiagaan armada berkenaan.

“Bagi menilai keberkesanan latihan yang dijalankan, Post Exercise Debrief telah dilaksanakan di Dewan Tun Rahah, Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3), Langkawi, Kedah, semasa Fasa Penutup dari 19 hingga 20 Mei 2024,” kata kenyataan yang dikeluarkan TLDM pada Selasa.

OSTEX West 1/24 yang terbahagi kepada tiga fasa telah dimulakan dengan fasa latihan senaman (exercise) yang dijalankan pada 12 hingga 14 Mei di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.

“Fasa ini melibatkan Majlis Pembukaan, Pembincangan Pegawai Operasi, Taklimat Eksesais dan Taklimat Officer Conducting Serial bagi mendapatkan kejituan angkatan semasa Fasa Laut,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, sebanyak sembilan buah aset permukaan telah diuji dari 15 hingga 18 Mei semasa Fasa Laut yang berkonsepkan peperangan maritim di utara perairan Selat Melaka.

“Fasa ini turut dijayakan dengan penglibatan Fast Combat Boat (FCB) selaku aset sokongan dan penyertaan dua buah pesawat F/A 18 dari No 18 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia,” tambah kenyataan berkenaan.

Baca juga: