Polis kesan individu pecah mesin tukar wang dobi di Johor Bahru

Polis sedang giat mengesan suspek yang mengumpil mesin tukar wang di dalam sebuah premis dobi di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, Johor menerusi video yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata kejadian tersebut berlaku pada Ahad kira-kira pukul 3.36 pagi.

“Polis menerima laporan oleh pengurus premis pada hari yang sama dan siasatan sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Raub turut menyatakan kes disiasat dibawah Seksyen 380 dan 511 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan dibawah Seksyen 380, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 10 tahun serta boleh dikenakan tindakan denda atau sebat, manakalah kesalhan dibawah Seksyen 511 pula dikenakan hukuman separuh dari tempoh kesalhan yang pertama.

Polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil memberi keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Baca juga: