Malaysia dan Jepun sepakat beri bantuan kepada Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida sepakat dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi hantaran Facebooknya yang menyatakan kerjasama itu dipersetujui kedua-dua pihak dalam misi menyediakan bantuan yang melingkupi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.

Kunjungan yang diterima Anwar pada 23 Mei 2024 itu turut memberi peluang melakukan mesyuarat dua hala yang melibatkan penilaian kemajuan kedua-dua negara dari pelbagai aspek.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan kerjasama yang dijalinkan antara kedua-dua negara dapat meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan, pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.

Justeru itu, Anwar turut berharap agar hubungan yang terjalin dengan negara matahari terbit itu terus diperkasa sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan peningkatan ekonomi negara.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat