Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa pihak Imigresen untuk menyenarai hitam seorang pelancong asing yang memuatnaik video membaca ayat suci al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan di Batu Caves dari memasuki Malaysia pada 25 Mei.
Kenyataan itu susulan video tular yang memaparkan seorang pempengaruh media sosial dari Arab Saudi yang dikenali sebagai abdellatif atau @abdeentube di media sosial yang membaca ayat al-quran di hadapan patung di Batu Caves, Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu.
“Saya setuju dengan pandangan Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar) dalam hal ini. Orang luar jangan buat tindakan yang ganggu-gugat keharmonian kaum dalam negara yang kami cintai ini.
“Saya gesa supaya pihak imigresen senarai hitam pelancong ini daripada masuk Malaysia,’’ ujarnya menerusi hantaran di akaun X nya hari ini.
Na’im sebelum ini ada mengeluarkan satu kenyataan yang mengutuk tindakan pelancong asing tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar kerana tidak memahami adat dan budaya bangsa-bangsa di Malaysia.
Bagaimanapun, pempengaruh dari Arab Saudi itu sudah mengeluarkan permohonan maaf nya menerusi Tiktok nya pada Sabtu.
Menurut Abdellatif, beliau tidak menyangka videonya itu akan dianggap sensitif dan dalam masa yang sama, tidak mempunyai sebarang niat untuk menyinggung mana-mana pihak mahupun masyarakat Malaysia yang terkesan dengan video tersebut.
Baca juga: