Global

15 maut akibat puting beliung di Amerika Syarikat

Kejadian puting beliung dan ribut ekstrem melanda bahagian tengah Amerika Syarikat melibatkan sekurang-kurangnya 15 orang maut pada Ahad.

Menurut pegawai yang terlibat dalam usaha menyelamat, kejadian puting beliung tersebut telah menghentam beberapa negeri termasuk Texas, Arkansas serta Oklahoma.

“Terdapat beratus-ratus ribu penduduk terputus bekalan elektrik selepas bencana alam itu membadai kawasan tanah rata Selatan yang bermula sejak kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Syerif Cooke County, Ray Sappington menjelaskan bahawa tujuh orang didapati terkorban selepas puting beliung menghentam kawasan Valley View, utara bandar raya Dallas, Texas.

“Walaubagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat masih terus dijalankan,” katanya.

Manakala di Oklahoma pula, terdapat dua orang terbunuh akibat puting beliung dan di Arkansas, lima orang terkorban dalam ribut yang melanda kawasan itu pada awal pagi tadi.

“Ribut itu telah memusnahkan beberapa kediaman, sebuah stesen petrol dan akibat ribut berkenaan terdapat beberapa kenderaan yang terbalik di sebuah lebuh raya rentas negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Gabenor Texas iaitu Gregg Abbott telah menandatangani dekri untuk empat county bagi menyalurkan dana kewangan dan kakitangan kerajaan membantu kediaman penduduk yang musnah dan rosak akibat bencana alam itu.

Difahamkan, satu lagi kematian dilaporkan di bandar Louisville dalam negeri Kentucky.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close