Bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terjatuh dari tingkat 16 ke tingkat 15 di sebuah kondominium di Damansara Damai, Selangor pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 9.58 pagi.
“Seramai 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Mangsa terjatuh dari rumahnya di tingkat 16 ke tingkat 15 dan mangsa dalam keadaan stabil,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang ditemui di koridor tingkat 15 kondominium itu berjaya diselamatkan.
Baca juga: