4 kereta, 2 motosikal parkir di garaj musnah terbakar

Sebuah kebakaran melibatkan garaj kereta di Kampung Wakaf Lichong Pasir Puteh, Kelantan pada Khamis sekitar pukul 3.57 pagi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, seramai enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian menaiki jentera LFRT dan FRV.

“Kebakaran itu berlaku di sebuah garaj meletak kenderaan dan melibatkan empat kereta dan dua motosikal musnah.

“Garaj kereta terbabit musnah 100 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran,” katanya.

Untuk info, Komander Operasi Kanan bagi operasi menyelamat diketuai oleh Pegawai Kanan Bomba II, Hasmeejohn Johari.

Baca juga: