Polis Johor tumpaskan cubaan aktiviti judi

Polis Johor menumpaskan cubaan jalankan aktiviti perjudian dalam pusat hiburan keluarga di Taman Sentosa, Johor Bahru pada Rabu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah memperoleh waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian.

“Rampasan 50 keping kupon bernilai RM10,20,50,500 dan 20 keping RM1,000 telah dirampas dalam serbuan tersebut.

“Pelbagai peralatan lain juga turut dirampas bagi meneruskan siasatan lanjut terhadap percubaan aktiviti perjudian dalam pusat hiburan keluarga,” katanya.

Jelas M.Kumar, kes akan disiasat dibawah Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi dari RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan boleh juga dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat