Negeri

Polis tahan wanita warga asing miliki syabu di hotel bajet

Polis berjaya menahan seorang wanita warga asing bersama 2438.30 gram dadah disyaki syabu di sebuah hotel bajet di Jalan Rock, Kuching pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, wanita berusia 37 tahun terbabit ditahan kira-kira pukul 3 petang oleh anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak.

“Wanita itu telah ditahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM78,016,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Merbin, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari mulai 31 Mei sehingga 6 Jun depan bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca bekalan dadah.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan atau pemenjaraan seumur hidup,” katanya.

Justeru, polis mengalu-alukan orang awam supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing untuk keselamatan bersama.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close