Mayat lelaki lemas ditemui di Sungai Pahang

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang di Kampung Serendang dekat Charuk Puting pada Selasa lalu, ditemukan lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mayat mangsa berusia 25 tahun itu ditemui tersangkut di celah kayu di Sungai Batu Bor pada pukul 11 pagi iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, mangsa telah terjun ke dalam sungai ketika pihak narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera membuat serbuan di rumah rakit di kampung tersebut.

Baca juga: