Jenayah

Lelaki larikan kereta bersama seorang wanita warga emas

Seorang lelaki melarikan sebuah kereta jenis Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan, Pahang pada Isnin.

Selain kereta berkenaan, lelaki tersebut turut membawa lari seorang warga emas wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Mangsa yang berusia 66 tahun itu bagaimanapun ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak tersebut.

Meskipun tiada kecederaan, kereta tersebut terus dibawa lari oleh lelaki itu.

Tindakan lelaki terbabit berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu melaporkan suspek menghampiri kereta tersebut dengan menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran yang palsu sebelum bertindak melarikan kereta tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close