Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Betong

Seorang lelaki dipercayai meninggal dunia manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Sri Aman, Betong, Sarawak pada Isnin.

Komander Operasi, PBK II Noor Faqriamal Jamari berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman digegaskan ke lokasi setelah menerima maklumat pada pukul 2.16 petang.

Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dinaiki oleh seorang wanita dengan Toyota Fortuner yang dinaiki oleh empat orang mangsa.

“Tiga orang mangsa iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki telah berjaya dikeluarkan daripada kenderaan Toyota Fortuner oleh orang awam.

“Manakala pemandu kereta Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, seorang lagi mangsa yang menaiki Toyota Fortuner iaitu lelaki dewasa telah tersepit di bahagian pemandu.

Jelas beliau, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga: