Lee Zii Jia pamer aksi konsisten, mara ke peringkat 16 terbaik Terbuka Indonesia 2024

Pemain perseorangan proffesional negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke peringkat 16 terbaik Kejohanan Terbuka Indonesia 2024 selepas berjaya menewaskan lawan dari Hong Kong, Ng Ka Long Angus, dalam aksi straight set pada Selasa.

Aksi yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta itu menyaksikan pemain kelahiran Alor Setar , Kedah itu tidak mengeluarkan peluh setelah menang mudah ke atas Naib Juara Kejohanan Toyota Terbuka Thailand pada Mei lalu, 17-21,16-21 dalam permainan yang berlangsung selama 40 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu kembali ke tempat ke-7 dunia selepas mempamerkan aksi konsisten sejak memenangi Kejohanan Toyota Terbuka Thailand baru-baru ini dan dijadualkan bertemu pemain dari China , Weng Hong Yang pada perlawanan esok.

Manakala satu lagi wakil negara, pasangan beregu lelaki Man Wei Chong-Kai Wun Tee mengejutkan Juara Dunia 2023 dari Korea Selatan Kang Minhyuk-Seo Seungjae apabila berjaya menundukkan pasangan tersebut dalam aksi rubber set.

Tentangan yang hebat diberikan kepada pasangan pilihan ketiga kejohanan itu meskipun gandingan negara gagal mencuri mata set pertama dan tewas 22-20.

Pasangan negara pamerkan aksi agresif untuk memenangi perlawanan kedua sebelum berjaya membawa permainan ke set penentuan selepas menang 16-21.

Tiada apa yang boleh menghentikan kemaraan pasangan negara yang berada di ranking no. 20 dunia itu setelah berjaya menoktahkan kemenangan 17-21 selepas berhempas pulas selama 59 minit sekali gus berjaya meloloskan diri ke peringkat 16 terbaik.

Mereka dijadualkan bertembung gandingan dari Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard setelah mereka berjaya menundukkan lawan dari China 21-18,23-21 untuk meloloskan diri ke peringkat seterusnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat