Wanita maut dipercayai akibat terjun jambatan di Kilometer 48.5, Johor River Bridge, Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Desaru, Johor pada 8 Jun 2024.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 5.19 pagi sebelum anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, BBP Pasir Gudang dan BBP Skudai bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Hazmi Zulkafli melaporkan, pihak Bomba menerima panggilan daripada kawan mangsa di tempat kejadian tersebut.
“Kawan mangsa yang menceritakan situasi sebelum kejadian berlaku. Mangsa di katakan ingin berhenti untuk melihat kawasan sungai setelah lalu di kawasan itu.
“Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba bertindak terjun ke dalam sungai dari jambatan tersebut.
“Anggota bomba bertindak membuat pencarian secara L ‘Surface Water Rescue’ iaitu dalam radius dua kilometer di kawasan mangsa terjun. Operasi turut dibantu oleh anggota 10 orang polis, empat anggota Marine dan anggota APMM.
“Tidak lama kemudian, mangsa berjaya dijumpai oleh orang awam di Yard Seri Kenanga iaitu 500 meter dari tempat mangsa terjun,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Mangsa dipercayai merupakan seorang wanita dari Vietnam yang berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya.
Operasi dilaporkan tamat pada pukul 1.05 tengah hari, pada Sabtu.
Baca juga: