Negeri

2 bot, tongkang ditahan langgar undang-undang laut

Dua buah bot tunda bersama sebuah tongkang ditahan kerana disyaki melanggar undang-undang laut dalam satu operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran Tanjung Jerijeh, Sarawak pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, penahanan dibuat kira-kira 1.8 batu nautika dan 1.7 batu nautika selatan Tanjung Jerijeh dalam rondaan rondaan Op Permai dan Op Tiris di kawasan tersebut.

Menurut hasil pemeriksaan, mendapati terdapat empat kru tempatan dan tujuh kru warganegara India termasuk tekong berumur lingkungan 21 tahun hingga 64 tahun.

“Mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain tiada sijil penguntukan radas.

“Bot tunda dan tongkang beserta kru ditahan seterusnya dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Maritim Malaysia menyarankan kepada semua komuniti maritim agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti di laut.

Beliau turut mengalu-alukan penyaluran maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim.

Sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dilaut dan kegiatan yang mencurigakan termasuk kes-kes kecemasan atau kemalangan di laut boleh dilaporkan secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 yang beroperasi 24 jam.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close