Negeri

270 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan – JIM Johor

Seramai 270 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 75 wanita dari beberapa negara, berumur 18 hingga 58 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian, Johor atas pelbagai kesalahan di bawah akta Imigresen.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua tertuduh terdiri daripada 82 warga Myanmar, 66 warga Bangladesh, 50 warga Indonesia, 33 warga Thailand, 15 warga Pakistan, 19 warga Nepal, empat dari warga China, India, Vietnam, dua warga Filipina dan seorang warga Mesir.

“Semua tuduhan terhadap PATI terbabit kerana tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah dibacakan di hadapan hakim, Fatimah Zahari.

“Mereka dituduh mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 kurungan tiga, akta sama,” katanya.

Tambahnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, serta enam sebatan.

“Manakala 108 yang lain didakwa berada di negara ini dengan memiliki pasport yang sudah tamat tempoh.

“Mereka dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(c), Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 kurungan 4, akta sama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, baki 36 PATI lagi didakwa di bawah Peraturan 39 (Peraturan-peraturan Imigresen 1963) kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Difahamkan, kesemua kesalahan itu dikesan dan dilakukan di sebuah tapak pembinaan, rumah kedai dan kilang, sekitar Pasir Gudang, Taman Ungku Tun Aminah dan Gelang Patah antara 26 April hingga 30 Mei lalu.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close