NasionalSukan

Anwar beri jaminan bantu industri sukan negara

Pihak kerajaan tetap memberi jaminan untuk memberi tumpuan kepada kegiatan sukan walaupun negara berdepan kekangan kewangan dan kelembapan ekonomi sekalipun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan sukan di negara adalah sebahagian daripada budaya yang mampu meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat serta dapat menggalakkan budaya sihat di semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, aktiviti sukan di negara ini juga dapat membentuk keperibadian rakyat dengan mencintai negara selain menyemarakkan semangat patriotik apabila beraksi di pentas antarabangsa.

“Kendatipun berhadapan kekangan ekonomi, saya maklumkan, pertimbangan khas akan diberi demi melonjakkan prestasi sukan tempatan.

“Hasrat kerajaan ketika ini adalah untuk memberi pertimbangan dan perhatian sewajarnya dalam membangunkan industri sukan khususnya terkait dengan anak muda,” katanya.

Anwar mengulangi semula ucapannya di satu hantaran di Facebook ketika hadir ke Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 yang diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada malam Khamis.

Anwar kemudian menyampaikan anugerah dan menzahirkan ucapan syabas buat pemenang-pemenang padi majlis tersebut.

Beliau turu menyatakan semoga kejayaan yang diperoleh membakar semangat semua pihak yang terlibat dalam industri sukan negara agar berusaha gigih demi melakarkan nama Malaysia di peringkat global.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close