Negeri

Dua cedera parah nahas kemalangan dengan lori

Dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori trelar, Yamaha Y15ZR dan seorang penjalan kaki warganegara Nepal di Kulim, Kedah.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.16 malam hari Khamis.

Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Asyraf Zarrin berkata, seramai lima anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik dihubungi.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah lori trelar, Yamaha Y15ZR dan seorang penjalan kaki warganegara Nepal.

“Anggota Bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan penjalan kaki yang berada di bawah tayar lori menggunakan peralatan menyelamat.

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah termasuklah penunggang motosikal yang berusia lingkungan 30-an,” katanya.

Jelas Muhamad Asyraf, mangsa kemudian diserahkan kepada Pegawai Perubatan KKM yang bertugas di lokasi untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pemandu lori trelar yang dalam lingkungan umur 50-an selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Baca lagi:

Related Articles

Check Also
Close