GlobalNasional

Malaysia antara negara paling aman di dunia mengikut GPI

Malaysia tersenarai dalam negara yang dianggap paling aman di dunia bagi tahun 2024 oleh Vision of Humanity yang mengeluarkan indeks keamanan global pada 3 Jun 2024.

Indeks tersebut merupakan pengukur utama kedamaian global di dunia dan merupakan edisi ke-17 yang menyenaraikan 163 negara yang terdiri daripada 99.7 peratus daripada penduduk dunia, menggunakan 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif dengan mengikut tahap keamanan negara terbabit.

Tiga domain yang diguna sebagai tanda ukur dalam indeks tersebut adalah meliputi tahap Keselamatan dan Keselamatan Masyarakat; dan sejauh mana Konflik Domestik dan Antarabangsa yang Berterusan dan tahap Ketenteraan mereka.

Selain membincangkan penemuan daripada Indeks, laporan itu juga termasuk analisis konflik semasa dan konflik masa depan yang berpotensi, termasuk analisis semasa tentang kemungkinan kesan ekonomi akibat sekatan China terhadap Taiwan terhadap ekonomi global.

Indeks komposit tersebut turut mengukur kedamaian negara yang terdiri daripada 23 penunjuk kuantitatif dan kualitatif yang ditimbang pada skala 1-5. Semakin rendah markah membuktikan semakin aman negara terbabit.

Statistik yang dihasilkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) sejak 2007 itu,meletakkan Malaysia di tangga ke-10 negara paling aman di dunia dengan 1.427 mata.

Iceland menduduki tangga pertama dengan 1.112 diekori Ireland dengan 1.303, dan Austria menduduki tangga ketiga dengan 1.313 mata.

Dalam masa yang sama, satu lagi wakil dari Asia Tenggara, Singapura juga berjaya memasuki senarai tersebut apabila mengumpul mata 1.339 untuk menduduki tangga ke-5 negara paling aman di dunia.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close