Bapa kepada suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram mendakwa dirinya tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu.
Menurut Radin Imran Radin Mohd Yasin,62, beliau tidak memahami pertuduhan yang mendakwa dirinya pendorong dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).
“Saya tidak faham, saya tidak ada senjata apa”, jelasnya berulang kali kepada hakim bertugas.
Beliau turut meminta jurubahasa mengulangi pertuduhan itu semula dan menyatakan tidak memahami perkara yang dituduh ekoran sudah berpisah dan mengasingkan diri dari keluarganya sejak tahun 2014 lagi.
Hakim bertugas, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim bagaimanapun dengan tenang memberitahu tertuduh berkenaan prosiding terbabit hanya sekadar pertuduhan sahaja dan kes akan dibicarakan di mahkamah selepas ini.
Prosiding kemudiannya diteruskan dengan pertuduhan ke atas anak lelakinya iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34, dan Rosna Jantan, 59, dan Farhah Sobrina Radin Imran, 23.
Bagaimanapun pertuduhan terakhir tertumpu kepada anak bongsunya, Mariah Radin Imran, 19, yang kelihatan terketar-ketar akibat gementar apabila menjawab pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibicarakan.
Terdahulu, Radin Romyullah dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dalam kejadian serangan yang berlaku pada pukul 2.45 pagi 17 Mei lalu yang melibatkan kematian Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.
Baca juga: