Politik

Angkatan Muda HARAPAN ‘sekolahkan’ Wan Fahysal tentang Corporate Finance 101

Angkatan Muda Harapan menyatakan hasrat ingin menaja Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bahagian Machang, Wan Fahysal Wan Ahmad Kamal mengenai korporate kewangan 101 menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan merangkap Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Atan, kenyataan itu susulan Wan Fahysal tidak memahami konsep majoriti-minoriti dalam hal pegangan ekuiti korporat.

“Katanya ada beza pemilikan terus BlackRock dalam syarikat tersenarai tempatan dan pegangan tidak
langsungnya dalam Malaysia Airport Holding Berhad (MAHBB) selepas penswastaan selesai.

“Hakikatnya, sama ada lima peratus atau 25 peratus pemilikan saham, ia tetap pegangan minoriti. Pemilik ekuiti minoriti tidak ada kuasa menentukan keputusan terakhir mana-mana syarikat.

“Dalam konteks MAHB, kerajaan akan memiliki 70 peratus. Pegangan ekuiti (bakal) oleh GIP adalah jauh
lebih rendah. Undi 70 peratus kerajaan akan mengalahkan undi 25 peratus GIP.

“Paling penting, kerajaan akan terus memiliki golden share dalam MAHB. Bermakna kerajaan
memiliki kuasa paling utama iaitu veto.

“Kesimpulannya, BlackRock sudah lama memiliki saham minoriti dalam syarikat-syarikat di Bursa
Malaysia. Pegangan tidak langsung menerusi GIP dalam MAHB juga adalah sama,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau sedia maklum dengan komitmen GIP yang telah dinyatakan sebelum ini dimana, BlackRock tidak akan campur tangan dalam pengurusan semasa GIP dan akan kekal dengan kuasa penuh terhadap hala tujunya meskipun BlackRock masih tidak menyelesaikan pembelian ekuitinya dalam GIP.

Justeru itu, Ammar turut menyatakan keputusan Khazanah Nasional berkerjasama dengan GIP tidak dipengaruhi oleh BlackRock.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close