Negeri

Kanak-kanak setahun maut jatuh sungai di Pahang

Seorang kanak-kanak perempuan orang asli maut dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Simoi Lama, Sungai Koyan, Lipis, Pahang pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man, mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli (OA) iaitu Carissa Laura Arthini Jasni berumur setahun 10 bulan.

“Mangsa dipercayai telah pergi ke sungai berhampiran dengan rumahnya iaitu jarak rumah dengan sungai lebih kurang 100 meter dan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai.

“Dalam pada itu, mangsa telah hanyut di kawasan sungai berhampiran dan ditemui oleh seorang penduduk kampung tersebut dam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut.

Jelas Ismail, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati mangsa meninggal akibat kelemasan (drowning).

Dalam pada itu, pihak polis memohon sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close