Nahas kereta api tergelincir ragut 2 nyawa, puluhan alami cedera parah di Rusia

Satu kemalangan kereta api tergelincir dari landasan dipercayai melibatkan sekurang-kurangnya dua penumpang maut dan puluhan cedera di utara Rusia pada Khamis.

Menurut laporan agensi berita Jerman (dpa), kejadian tersebut dimaklumkan oleh pengendali kereta api tersebut.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa kemalangan tersebut berlaku pada malam Khamis di Republik Komi, Russia, mengakibatkan sembilan daripada 14 gerabak tergelincir dan terbalik berhampiran Bandar Inta.

Sehubungan itu, pihak Russian Railways menyatakan dua mayat ditemukan di lokasi kemalangan, sementara seorang lagi masih hilang.

Dalam pada itu, agensi berita Interfax, memetik maklumat daripada perkhidmatan kecemasan, melaporkan bahawa sehingga 50 orang cedera dan terdapat beberapa orang mengalami kecederaan parah.

Justeru itu, kira-kira 200 penumpang dan 20 kru berada dalam kereta api itu semasa kemalangan berlaku.

Punca kejadian dipercayai akibat landasan yang terjejas selepas hujan lebat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat