JenayahPolitik

TMJ dituduh ambil rasuah, kes masih dalam siasatan Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan mengenai satu hantaran Facebook Kelab Penyokong Pas Malaysia yang tular, mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) dalam satu tuduhan rasuah pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Johor, CP M Kumar, pihak polis menerima laporan berkenaan di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi,Johor kira-kira pada pukul 4.05 petang, semalam.

“Hantaran tersebut mengatakan pada 28 Januari tahun lepas, TMJ mengungkapkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin meminta rasuah yang berjumlah RM20 juta daripada syarikat Qatar Holding.

“Ketika ini, siasatan masih dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai disarankan untuk menggunakan media sosial dengan bijak dan menghindari salah laku undang-undang ketika menggunakan platform tersebut. ” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau turut menegaskan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang membuat hantaran atau berkongsi maklumat palsu berbaur fitnah dan hasutan yang menjejaskan kesejahteraan awam dan keselamatan negara.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut bersuara mengenai isu terbabit dengan menyatakan isu ini adalah satu cubaan hasutan jahat dalam menjatuhkan institusi diraja Malaysia.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close