Nasional

Dzulkefly lancar Karnival Kita Madani di Kuala Selangor

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah melancarkan Karnival Kita Madani Negeri Selangor bertempat di Kuala Selangor pada Ahad.

Dalam ucapan pelancarannya, Dzulkefly turut mengambil peluang mengingatkan kepada semua hadirin untuk sentiasa menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula.

Beliau berkata demikian kerana ia berdasarkan Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi 2023 (NHMS) yang menyatakan separuh daripada rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan yang berlebihan.

“Oleh itu, orang ramai perlu mengurangkan pengambilan gula dan menjaga kesihatan diri dengan melakukan aktiviti senaman,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bersempena dengan pelancaran Karnival Kita Madani, Dzulkefly turut menyampaikan watikah penubuhan kepada 45 Ketua Komuniti Madani Zon Utara Negeri Selangor termasuk Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor serta daerah Gombak.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Selangor kereana memilih Kuala Selangor untuk mengadakan karnival tersebut yang membawa inisiatif kerajaan.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut, Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Datuk Mohamad Yaacob Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close