Sukan

Pemain muda badminton China rebah ketika perlawanan sebelum meninggal dunia

Pemain perseorangan muda China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden tersebut berlaku ketika pemain tersebut sedang beraksi menentang Jepun pada malam saingan peringkat kumpulan pada pukul 12.20 malam.

Berita tersebut dikongsi oleh Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) menerusi kenyataan bersama.

“Pemain perseorangan China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi, doktor kejohanan dan pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal.

“Dia kemudian dikejarkan ke hospital menerusi ambulans, namun meninggal dunia pada jam 11.20 waktu tempatan semalam (Ahad),” kata kenyataan tersebut.

Sebelum insiden, Zhi Jie dilihat menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.

Badminton Asia, PBSI dan Jawatankuasa Penganjur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA).

“Dunia badminton kehilangan seorang pemain berbakat,” kata mereka menerusi kenyataan.

Pertandingan kategori berpasukan telah bermula sejak 28 Jun dan akan berlangsung sehingga 2 Julai. Selepas acara berpasukan, saingan akan diteruskan dengan pertandingan kategori individu.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close