Jenayah

Seorang lelaki OKU dikelar leher di Taman Kluang

Seorang lelaki tempatan telah dikelar di bahagian leher dihadapan sebuah kedai runcit Taman Kluang Barat, Kluang, Johor pada 30 Jun lalu.

Menurut Ketua Daerah Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh menerusi satu kenyataan, Pusat Kawalan Daerah IPD Kluang melaporkan telah menerima panggilan kecemasan Mers 999 kira-kira pada pukul 1.50 petang yang melibatkan seorang mangsa berumur 32 tahun.

“Mangsa merupakan seorang lelaki India orang kelainan upaya (OKU) berumur 32 tahun telah dikelar di hadapan kedai runcit tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang bagi mendapatkan rawatan kecederaan di bahagian lehernya.

“Lebih kurang pada pukul 6.17 petang hari kejadian sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang dipercayai suspek kejadian terbabit berhampiran sebuah stesen minyak Taman Bersatu, Kluang.

“Lelaki tersebut disoal siasat sebelum suspek berkenaan mengaku telah mengelar mangsa menggunakan pisau lipat.

“Hasil dari semakan rekod jenayah lampau suspek turut mendapati mempunyai rekod kesalahan kes jenayah dan kes narkotik. Hasil saringan dari ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Morphine,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Kes dilaporkan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan denda atau kedua-duanya.



Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close