Negeri

Penunggang motosikal maut di tempat kejadian, terlibat kemalangan di Tangkak

Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 5 Jalan Sialang, Tangkak, Johor pada pukul 9.05 malam hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib memaklumkan mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun.

“Mangsa yang menunggang motosikal gagal mengelak sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang keluar dari simpang.

“Disebabkan pelanggaran tersebut, mangsa kemudiannya terbabas ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Roslan turut memaklumkan mangsa yang cedera parah telah meninggal dunia di tempat kejadian dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat.

Kes kemalangan tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Pihak polis turut menasihati orang ramai terutamanya pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya untuk mengelakkan sebarang kejadian kemalangan daripada berlaku.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close