Pempengaruh media sosial punca Rajeswary Appahu bunuh diri

Pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Shalini Periasamy dipercayai merupakan antara suspek kepada kematian Rajeswary Appahu yang dilaporkan mengambil nyawanya sendiri akibat dibuli beberapa individu di ruangan komen TikTok nya pada Ahad.

Perkara itu didedahkan pengguna di laman X , yang mengungkapkan pempengaruh itu merupakan antara seorang suspek yang terlibat dalam kes siber buli tersebut.

Pada mulanya, mangsa dilaporkan mendedahkan produk kecantikan tempatan yang menipu dengan mendakwa produk mereka merupakan produk berasal dari Eropah.

Rajeswary bertindak mendedahkan perkara sebenar dengan memberitahu awam berkenaan produk terbabit dibeli secara pukal dari Thailand yang diubah pembungkusannya.

Namun, pendedahan tersebut tidak diterima baik oleh pempengaruh media sosial itu yang mengugut mahu membunuh dan merogol mangsa yang menjurus kepada mangsa untuk melakukan laporan di balai polis Dang Wangi , Kuala Lumpur.

Tidak tahan dibuli, aktivis media sosial itu membuat keputusan mengambil nyawanya sendiri dengan membunuh diri di kondominiumnya akibat sering diganggu dan takut dengan ugutan yang dilemparkan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi , Fahmi Fadzil menyatakan mereka yang menjadi punca kepada kejadian ini harus dibawa ke muka pengadilan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan kementeriannya bakal melaksanakan beberapa langkah dalam memastikan internet selamat digunakan kerana siber buli bukan sahaja dilaporkan berlaku pada aplikasi TikTok malah di laman media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.

Baca juga: