Tular di media sosial, seorang lelaki cedera dipukul dan diugut oleh seorang warga asing di Taman Ehsan, Kepong pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Khamis.
“Mangsa difahamkan cedera dan diugut dalam perselisihan faham oleh seorang warga asing yang berumur sekitar 37 tahun.
“Hasil siasatan mendapati, perselisihan faham mengenai tunggakan bayaran rumah kongsi sehingga menyebabkan mangsa diugut dan dipukul di bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Noor Ariffin, mangsa mengalami sakit di bahagian dada dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Pada hari yang sama pukul 3 petang, pihak polis telah menahan 10 lelaki warga asing berumur antara 19 hingga 46 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
Katanya, permohonan reman terhadap kesemua suspek dibuat di Mahkamah Selayang pada Jumaat.
Noor Ariffin turut menyatakan bahawa kes akan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) C Akta Imigresen 1959/63.
Baca juga: