JIM buka pejabat pasport pertama dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah mewujudkan sebuah pejabat pengeluar pasport satu-satunya di negara ini yang terletak dalam bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pejabat pasport Jabatan Imigresen Malaysia itu telah beroperasi sejak dua minggu yang lalu dan bersedia untuk menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport perjalanan ke luar negara.

“Ia merupakan Pejabat Pengeluar Pasport yang ketujuh di Negeri Sabah, manakala yang ke-72 di Malaysia.

“Permohonan Dalam Talian (MyOnline Pasport), Pasport Terhad Brunei (PTB), Dokumen Perjalanan Terhad (DPT), Surat Akuan Pengenalan (SAP) akan diperluaskan di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, dengan mewujudkan pejabat pasport yang ketujuh di Sabah ia sudah tentu memberi manfaat kepada komoniti berhampiran.

“Ia meliputi daerah Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat,” katanya.

Difahamkan, disebabkan masih baru beroperasi, pejabat Pasport LTAKK hanya menerima permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu dan proses pembaharuan secara walk-in sahaja.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat