Maritim Malaysia bantu lupus 2 tan abu al-Quran di perairan Kuala Terengganu

Maritim Negeri Terengganu melupuskan sebanyak dua tan abu al-Quran di perairan Kuala Terengganu menerusi Program Pemuliaan Kiub Abu Al-Qur’an Ke Laut pada Isnin.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, seramai 50 warga Maritim Negeri Terengganu, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu terlibat dalam proses pelupusan itu.

“KM REDANG dan Bot PERKASA 34 ditugaskan sebagai platform dan bantuan logistik bagi proses pelupusan tersebut.

“Al-Qur’an yang dilupuskan itu merupakan Al-Qur’an yang dirampas menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri serta Al-Qur’an yang telah diserahkan oleh orang awam untuk dilupuskan,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, penyempurnaan pelupusan Al-Quran ini dilaksanakan oleh Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Datuk Dr Haji Mohamad Sabri Harun.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Bahagian Pemguatkuasaan Dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri, Puan Nor Azlina Mohamad Yazid dan Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Ab Majid.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat