Asrama pekerja di Nilai hangus dijilat api

Sebuah kedai rumah dua tingkat yang yang dijadikan asrama pekerja hampir hangus dijilat api Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan menerima laporan kira-kira pada pukul 2.42 pagi tadi sebelum menghantar sejumlah 17 anggota Pasukan Bomba daripada BBP Nilai dan BBP Mantin ke lokasi kejadian.

“Dua jentera FRT, Jentera water tanker dan kenderaan Unit EMRS digegaskan bagi melakukan operasi pemadaman kebakaran.

“Sebuah rumah kedai 2 tingkat yang dijadikan asrama pekerja berkeluasan 22 x 80 kaki persegi telah terbakar di bahagian atas kira-kira 80 peratus.

“Terdapat 4 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut berjaya diselamatkan,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Operasi pemadaman dilaporkan tamat sejurus selepas proses pembersihan selesai.

Baca juga: