26 atlet secara rasmi wakili Malaysia di Olimpik Paris 2024

Seramai 26 atlet negara bakal mewakili Malaysia dalam pertarungan meragut pingat emas pertama negara di pentas Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Sebanyak sepuluh jenis sukan menjadi pertaruhan dalam membawa pulang kilauan pingat di temasya terbesar dunia itu dengan menyaksikan seramai 13 orang atlet lelaki dan 13 orang atlet wanita berjaya melayakkan diri secara rasmi.

Berikut merupakan senarai 26 atlet yang layak bertanding di Olimpik Paris 2024;

Acara memanah menyaksikan Pasukan Wanita dan Individu Wanita diwakili Ariana Nur Dania, Nurul Azreena Fazil dan Syaqiera Mashayikh. Manakala, bagi acara Olahraga 100meter lelaki, diwakili Muhd Azeem Fahmi selepas beliau diberikan tiket ‘wild card’ oleh Jawatankuasa Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Acara Badminton pula, bagi sektor perseorangan lelaki diwakili Lee Zii Jia dan kategori perseorangan wanita diwakili Goh Jin Wei. Bagi sektor beregu pula, beregu wanita diwakili Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan manakala beregu lelaki diwakili Aaron Chia dan Soh Wooi Yik diikuti oleh Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagi sektor beregu campuran.

Sementara itu, acara berbasikal Keirin dan Pecut Lelaki diwakili Muhammad Shah Firdaus dan Datuk Azizulhasni Awang, manakala Keirin dan pecut wanita pula Nurul Izzah Mohd Asri menjadi tonggak utama negara selepas menjadi wakil tunggal dalam acara tersebut dan diikuti Nur Aisyah Mohamad Zubir dalam acara berbasikal lebuhraya.

Selain itu,dalam acara terjun pula diwakili atlet muda negara, Betrand Rhodict Lises dalam acara 10 Meter platform dan Nur Dhabitah Sabri dalam acara papan anjal 3 Meter Wanita. Golf pula, Gavin Kyle Green mewakili sektor lelaki dan Ashley Lau jen Wen mewakili sektor wanita.

Sukan perahu layar pula, dalam kategori lelaki ILCA 7 diwakili Khairulnizam Afendy dan kategori Pelayar Wanita ILCA 6 diwakili Nur Shazrin Mohamad. Manakala bag acara Renang Gaya Bebas pula, 400 Meter Lelaki diwakili Khiew Hoe Yean, dan 100 meter kuak dada wanita pula diwakili Tan Rou Xin.

Dalam masa yang sama, dua lagi wakil negara menggalas tugas berat selepas menjadi wakil tunggal dalam acara menembak dan angkat berat. Acara pistol lelaki diwakili oleh Johnathan Wong Guanjie dan Angkat Berat Lelaki 61 Kilogram diwakili Mohamad Aniq Kasdan.

Olimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini sehingga 11 Ogos 2024 yang turut menyaksikan penerjun negara, Betrand Rhodict selaku pembawa jalur gemilang negara di acara pembukaan.

Baca juga:

.

Anda Mungkin Berminat