Kim Pan Gon harus bayar pampasan RM3.16 juta

Bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon harus membayar pampasan sejumlah RM3.16 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran pelanggaran kontrak seelama 17 bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi dalam temubual bersama Astro Arena pada petang Rabu.

“Kita tidak membincangkan secara terperinci mengenai perkara ini, kerana kita melihat bahawa Jurulatih Kim Pan Gon telah memberi notis terlalu singkat dengan waktu beliau memutuskan untuk berhenti.

“Jadi kita lebih memikirkan kestabilan pasukan dan menjaga hubungan dengan Pan Gon.

“Setakat ini, saya hanya boleh katakan kami mendapat persetujuan bersama atas keputusan beliau dalam memendekkan kontraknya bersama Harimau Malaya,” jelasnya.

Namun, menurut Wira Yusoff setakat ini perincian penuh bersama jurulatih dari Korea Selatan itu masih belum diputuskan lagi.

Terdahulu, Kim Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya selaku jurulatih buat skuad Harimau Malaya dan menurutnya keputusan itu dibuat atas faktor peribadi yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan dan mengakhiri kontraknya lebih awal.

Baca juga: