Penunggang motosikal maut, seorang cedera parah nahas kemalangan di Pasir Gudang

Satu kes kemalangan dipercayai telah meragut satu nyawa melibatkan sebuah motosikal dan dua kenderaan di 14.6 Lebuhraya Pasir Gudang, Johor pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal jenis 135LC bersama pembonceng dari Kulai ke Pasir Gudang.

”Mangsa yang menunggang motosikal di antara lorong kanan dan tengah telah bergesel dengan satu motosikal dengan nombor dan jenis tidak pasti yang berada di hadapannya.

”Sejurus setelah bergesel lalu hilang kawalan dan terjatuh di lorong tengah jalan raya.

”Sebuah motolori nombor dan jenis tidak pasti yang berada di lorong tengah telah melanggar penunggang dan pembonceng motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, akibat pelanggaran tersebut mangsa penunggang motosikal merupakan seorang lelaki berumur 17 tahun cedera parah di bahagian kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, pembonceng yang juga seorang lelaki umur sama mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.

Susulan itu, pihak polis menjalan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis juga sedang mengesan saksi bebas berkait kemalangan untuk tampil memberi keterangan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat