Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan permohonan MyKid akan dibuka semula pada 29 Julai 2024 selepas penangguhan sementara pengeluaran kad berkenaan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JPN, pengeluaran kad berkenaan ditangguhkan berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.
JPN turut memaklumkan pemohon yang membuat permohonan sebelum ini namun ditangguhkan, perlu membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN menerusi pautan www.jpn.gov.my sebelum hadir membuat kutipan di pejabat JPN pilihan.
“Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 hingga 31 Oktober 2024 dan selepas tempoh yang dinyatakan, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
“Kerjasama pemohon yang berkenaan diperlukan bagi memastikan MyKid yang dicetak akan dituntut oleh pemhonon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan pihak kerajaan,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihak JPN turut memberitahu orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut untuk menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Baca juga: