2 wanita sesat di Bukit Penarikan

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menemukan dua orang wanita dipercayai telah tersesat di Bukit Penarikan, Bahau, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Komander Operasi, PBK I (KUP) Ramelan Ribut berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dua orang wanita berusia lingkungan 60-an itu pada pukul 10.23 pagi.

“Mangsa telah tersesat jalan ketika turun dari bukit. Mangsa akhirnya dijumpai oleh pasukan bomba dan polis pada pukul 11.03 pagi.

“Kemudian, mangsa di bawa turun ke kaki bukit dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, seramai enam orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT sebaik dihubungi.

Baca juga: