Konsep Malaysia Madani dianggap berjaya membantu negara dalam sektor keselamatan selepas melonjak sembilan anak tangga dalam Indeks Keamanan Global tahun 2024 (Global Peace Index) sekali gus tersenarai dalam 10 negara terselamat di dunia.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perasmian Bulan Keselamatan Negara (BKN) yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Selasa.
“Saya tegaskan bahawa, meskipun menjaga keselamatan dan kedaulatan negara merupakan tugas Kerajaan, namun penglibatan setiap warganegara amat kritikal untuk mewujudkan sinergi pengurusan keselamatan yang tersepadu.
“la juga berkait rapat dengan konsep Malaysia Madani yang saya gagaskan iaitu menekankan pembangunan negara secara holistik melalui kesepaduan rakyat, kestabilan ekonomi. hak asasi manusia dan keadilan sosial. Alhamdulillah, konsep Malaysia Madani berjaya membuahkan hasil dalam aspek keselamatan.
“Buktinya, tahun ini Malaysia telah melonjak sembilan anak tangga di dalam “Global/ Peace Index
2024″ dan buat julung kalinva, Malaysia tersenarai antara 10 negara terselamat di dunia dan Tren ini juga diterjemahkan dengan penaiktarafan Malaysia ke “Tier 2 dalam 2024 Trafficking in Persons Report”.
“Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) yang baharu sahaja saya luncurkan sebentar tadi turut menunjukkan skor IKK bagi tahun 2023 ialah 1.48 iaitu satu pencapaian yang amat membanggakan. Oleh itu, saya juga memperuntukkan tambahan sebanyak RM100 juta bagi penambahbaikan fasiliti tersebut,” katanya.
Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah alpha atau menongkat dagu, sebaliknya usaha kerajaan dalam mengambil pendekatan adalah bagi mengawal dan meningkatkan kecekapan agensi berkaitan keselamatan siber negara.
Menurut Laporan dari Pusat Pemantauan dan Kawalan Siber Nasional (National Cyber Coordination and Command Centre (NC4)) telah menguruskan sebanyak 3,232 insiden keselamatan siber pada tahun 2023.
Terdahulu, majlis tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Timbalan-Timbalan Menteri, Duta-Duta dan Perwakilan Asing, Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan, wakil badan bukan Kerajaan, ahli akademik dan jemputan lain.
Baca juga: