PUTRAJAYA: Kerajaan sekali lagi menganjurkan perhimpunan solidariti untuk Palestin yang bakal bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan iaitu Fahmi Fadzil berkata, himpunan tersebut akan bermula pada pukul 8 malam itu dipersetujui oleh Kabinet.
“Perhimpunan tersebut diadakan bagi menyatakan sokongan rakyat negara ini tanpa mengira ideologi politik.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir dan kerajaan menjemput pelbagai pihak hadir memberi sokongan dan kita harap ini akan menjadi signal jelas bahawa pendirian rakyat tidak berubah. Kita akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin,” katanya pada sidang media selepas pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
Himpunan berkenaan menyusul selepas kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dalam serangan rejim Zionis di kediamannya di Tehran, Iran.
Sementara itu, Fahmi juga telah meminta penjelasan daripada pihak Meta Platforms Inc (Meta) yang menurunkan ucapan takziah dan kritikan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kematian pejuang kebebasan Palestin itu.
“Kita semestinya kesal tindakan Meta dan saya telah meminta penjelasan Meta kenapa hanya posting dimuat naik rasmi Perdana Menteri yang menjadi sasaran?.
“Kemungkinan ia diturunkan Meta sendiri ataupun aduan orang, buat waktu ini kita belum dapat penjelasan penuh dan menunggu penjelasan Meta,” ujarnya.
Semalam, Meta menurunkan hantaran video dan ucapan takziah Perdana Menteri atas pemergian Ismail.
Menyifatkan sebagai bacul, Perdana Menteri mengingatkan pihak Meta agar tidak menjadi bacul dan perkakas kepada rejim Zionis.
Pada 24 Okt lalu, Himpunan Malaysia Bersama Palestin juga telah diadakan di Stadium Axiata Arena bagi menyatakan sokongan kepada negara berdepan serangan rejim Israel.
Pengumuman Fahmi itu menyusul kematian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dalam serbuan rejim Zionis di kediamannya di Tehran, Iran.
Baca juga: