Polis sedang giat mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun telah dilaporkan hilang di Sungai Udang, Melaka sejak 24 Jun lalu pada pukul 8.10 malam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas gagal untuk melakukan demikian pada hari kejadian.
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fakrullah Nazri telah dilaporkan hilang oleh bapanya pada hari yang sama.
“Kali terakhir mangsa dilihat menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hijau dengan nombor pendaftaran MBR 7230.
“Dia memakai baju-t berkolar warna hitam, dengan fizikal badan kurus tinggi dengan ketinggian 172 sentimeter (cm) serta kulit putih hitam manis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Christopher turut menyatakan sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-5052368 atau hubungi Balai Polis Tanjung Kling di talian 06-3511222.