Oleh: Wahida Ramlan
PASANGAN regu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama selepas menumbangkan lawan dari Denmark , Kim Astrup-Anders Rasmussen sebentar tadi untuk merangkul pingat gangsa.
Perlawanan yang berlangsung pada malam Ahad itu menyaksikan pasangan negara tumpas di tangan pasangan yang berada di ranking no. 2 dunia itu selepas ditinggalkan 21-16.
Set kedua, pasangan negara mencipta kejutan selepas bangkit dari ketinggalan 20-16 setelah menukar corak permainan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dengan menang 22-20.
Set penentuan, gandingan negara terpaksa bergelut sebelum berjaya menoktahkan kemenangan 19-21 untuk merangkul pingat gangsa kedua mereka di temasya itu selepas berhempas pulas selama 1 jam 9 minit di atas gelanggang.