Oleh: Kamilia Ali
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye pada Selasa.
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, pertemuan bersama aktivis sosial berpengaruh itu telah mengetengahkan mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.
“Antara intipati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.
“Kami senada menzahirkan kebimbangan akan kadar kemalangan yang tinggi terutama di kalangan pengguna motosikal berkait rapat dengan faktor kelemahan penguatkuasaan undang-undang jalan raya selain isu penyelenggaraan jalan raya.
“Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi, akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan,” katanya.
Anwar berkata, perkara tersebut turut dapat memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia MADANI.
Baca juga: