PM doakan Karam Singh Walia hidap sakit buah pinggang segera sembuh

Tahap kesihatan tokoh kewartawanan alam sekitar, Datuk Karam Singh Walia yang membimbangkan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi, menyantuni bekas wartawan yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka itu semalam sambil menyampaikan sumbangan diperlukan.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook miliknya memaklumkan keadaan kesihatan Karam Singh yang amat membimbangkan selepas beliau menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kos perubatan yang ditanggung beliau.

“Saya mendoakan semoga saudara Karam Singh segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak muda terkait kepentingan alam sekitar,” katanya.

Untuk info, Karam Singh pernah berkhidmat sebagai wartawan di Media Prima selama 20 tahun bermula 1995, sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada 2014 kerana masalah kesihatan.

Wartawan penyiaran yang gemar melantunkan pantun dan kiasan ketika membuat laporan berita kini mengalami keuzuran akibat penyakit hati dan buah pinggang sejak dua tahun lalu.

Anda Mungkin Berminat