Tempoh masa bahas Belanjawan 2025 dilanjutkan hingga 10.30 malam – Speaker

KOTA BHARU: Tempoh masa persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Belanjawan 2025 yang dijangka akan dibentangkan 18 Oktober nanti akan dilanjutkan hingga pukul 10.30 malam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, lanjutan masa itu dipanjangkan berbanding kebiasaan hingga 8 malam bagi memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk berucap.

“Saya akan berikan ruang seluas-luasnya untuk perbahasan Belanjawan 2025. Jika sekarang kita tamat jam 8 malam, untuk waktu Belanjawan, kita panjangkan mungkin hingga 10.30 malam.

“Setiap Ahli Parlimen boleh berucap dan fokus kepada Belanjawan dan diharap tumpuan penuh dapat diberikan,” katanya pada sidang media selepas Program Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Se-Malaysia 2024, di sini, hari ini.

Johari turut berharap Belanjawan 2025 adalah lebih baik berbanding tahun lalu, dengan peruntukan untuk pembangunan negara yang lebih besar.

Anda Mungkin Berminat